s0lat itu tiang agama, istilah ini kita tlh dgr sejak kecik lg rasanya..p0st klu ini hanya nk mngingatkn diri ini yg lemah dan mereka yg brminat utk mngetahui... hal ugama tidak b0leh dprmainkn dan bukan jg utk ditunjuk kita se0rg yg hbt maka segala amalan dimulai dgn niat dan dsertai dgn bismillah....ALLAH didahulukan RASULULLAH diutamakan...
pernah diri ini trpikir dlm bnyak2 0rg ISLAM hanya berapa bnyk yg mndrikan s0lat kn. dan yg mndrikan s0lat ini pulak hanya berapa ramai yg s0lat secara brjemaah. dan dlm kalangn mereka yg s0lat jemaah ni pulakan berapa rmai pulak yg mendirikan s0lat diawal waktu..seterusnya dlm g0logn insan yg s0lat di awal waktu ni plakkan brapa rmai yg s0lat secara kusyuk...MASYAALLAH terasa diri yg kerdil ini...
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.” Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang”. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan”. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
Read more: http://www.arcx13.com/#ixzz0mQ0Ywmxx
Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives