BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages




Gratisan Musik

chat FX online casino swiss casino COUNTERS

setiap SAAT sangat bermakna

Saturday, August 22, 2009

SaLAm RaMadHAn


Alhamdulilah arini 1st ramadhan. bemula la detik untuk menahan diri dari makan dan minum serta perkara2 yg mmbtalkannya.. sem0ga ramadhan thun ini lebih baek dari sebelumnya.. InsyaALLAH....

sedeynya xdpt 1st p0se kt umah tp xpa mybe ad hikmah disebaliknya....

kali ni special aku berp0se kt k0lej kajai hehehe...

lari dari u0 sbb xthn bnyk kija n aktiviti.

dhla aku xthu mnahu ap yg brlaku sbb balik umah bruni,,

xplh dpt buka p0se ng kwn2 kat kajai........ beznya

yg aku kagum timbln pengetua kajai sndri imamkan s0lat tarawih...

bkn sng nk jumpa pemimpin kt k0lej cmni...

alhmdulilah masih ad lagi insan yg sepertinya..

nilah pengalaman yg aku dpat kt sni wlpn xdpt brsama familyku yg trcinta...

selamat berpuasa untuk sume kawan2............

Lafaz niat

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

Doa buka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan



Syarat wajib puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:

  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.

Syarat sah puasa

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:

  • Orang Islam
  • Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun puasa

Rukun puasa ada dua, iaitu:

  • Berniat pada malam harinya
  • Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sunat puasa

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:

  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila (hilang akal)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja)

Read more: http://www.arcx13.com/#ixzz0mQ0Ywmxx Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives

2 comments:

niza_qadir said...

buat r shoutbox...best sket aq nak mengomen...

Jejaka Stylo said...

sila updates wahai immabe...hahahaha